Monday, January 12, 2009

Syed Azman tidak muncul

Setelah beberapa hari tempoh kempen berjalan, didapati Dr Syed Azman masih lagi tidak kelihatan bersama-sama dengan calon kita di Parlimen Kuala Trengganu. kenapa perkara ini masih tidak ditangani oleh pimpinan parti dan jentera kempen kita? Apakah Dr Syed Azman memang tidak mahu diatur oleh jentera parti atau beliau masih tidak dapat melupakan kekecewaan peribadi tersebut? Pimpinan tertinggi parti seharusnya betanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini.

Dr Syed Azman perlu melupakan episod peribadi beliau dan menyiapkan pengikutnya untuk turut sama berkempen di Kuala Trengganu. Ketidaksungguhan beliau itu mengelirukan ahli kita dan boleh memecahbelahkan parti. Sebarang tindakan bersifat peribadi seharusnya dielakkan untuk keutuhan parti. Pemimpin besar seperti Dr Syed Azman tentunya tidak sanggup melihat parti kalah dalam pilihanraya ini.

Sunday, January 11, 2009

Bertindak segera

Kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu sudah menghampiri seminggu tetapi tanda-tanda protes dari golongan muda terhadap calon kita semakin ketara. Tidak banyak kelihatan anak-anak muda yang sentiasa menyokong kita selama ini berkeliaran dengan bendera parti. Suasana tidak meriah sepanjang kempen beberapa hari ini seolah-olah menampakkan bahawa sokongan masyarakat tempatan terhadap parti kita semakin merosot.

Apakah ini tanda-tanda bahawa calon kita akan tewas dalam pilihanraya ini? Kalau itulah yang akan berlaku, maka benarlah kata masyarakat setempat bahawa pemilihan calon kita kali ini adalah tidak tepat. Sokongan golongan muda terhadap Dr Syed Azman ternyata amat ketara sekali. Ura-ura bahawa beliau telah tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon kita perlu diketepikan segera. Dr Syed Azman juga perlu melupakan soal kekecewaan dalam parti berhubung pemilihan calon ini untuk membantu memenangi pilihanraya ini. Beliau seharusnya lebih berjiwa besar demi menegakkan kedaulatan Islam yang kita cita-citakan. Janganlah kerana ketidakpuasan hati sendiri menjadi penyebab kekalahan parti.

Friday, January 9, 2009

Penyokong Syed Azman kecewa

Pemilihan YB Wahid Endut sebagai calon untuk Parlimen Kuala Trengganu telah menyebabkan penyokong-penyokong kita semakin ketidaktentuan. Ramai penyokong-penyokong muda dalam parti yang menyatakan kekecewaan mereka dan memprotes dengan tidak menghadirkan diri di hari penamaan calon tempohari. Syed Azman sendiri tidak kelihatan pada hari penamaan calon tersebut. Apa nak jadi dengan parti kita ini? Keputusan membelakangkan Majlis Syura telah menyebabkan keretakan dalaman yang semakin dilihat serius. Sama-samalah kita renungi..

Wednesday, January 7, 2009

TG Hadi takut hilang kuasa?

Pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam selama 5 penggal berturut-turut sebagai calon PAS bagi Pilhanraya kecil P036 Kuala Trengganu telah mengejutkan banyak pihak.

Pihak yang paling terkejut tentunya pendokong dari parti haprak BN atau lebih tepatnya UMNO yang korup selamanya yang tidak menyangka seorang calon yang tidak pernah disebut sebelum ini menjadi calon. Tentunya mereka masih terpinga-pinga memikirkan strategi baru untuk menewaskan calon kita ini. Bagi pihak PAS, permainan teka teki ini mungkin telah mengelirukan UMNO tetapi dari sudut yang lain kita juga harus ingat bahawa calon kita ini adalah orang lama yang tentunya terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang boleh digunakan oleh parti korup tersebut.

UMNO tentunya telah bersedia dengan gambaran calon kita yang dikatakan tidak boleh bercakap depan khalayak ramai malah namanya tidak pernah diperkatakan dalam DUN Trengganu kerana tidak 'berkongsi' apa-apa pandangan dalam dewan tersebut walaupun telah 5 penggal menduduki kerusi ADUN. Kelemahan ini sepatutnya telah disedari oleh pucuk pimpinan PAS terutamanya TG Hadi Awang yang telah secara peribadi memilih YB Abdul Wahid. Apa rasional pemilihan beliau tidak pernah dibentangkan kepada Majlis Syura Ulamak yang secara terangnya melalui TG Nik Aziz ingin mencalonkan Mohamad Sabu, Panglima perang kita.

Mungkin agak keterlaluan untuk membandingkan YB Abdul Wahid dengan Mohamad Sabu yang terkenal boleh menggerunkan Ahli-ahli Parlimen (MP) BN dalam Dewan Rakyat. Mohamad Sabu walaupun tewas dalam pilihanraya lepas kerana faktor semasa tetapi masih menjadi calon favourite untuk berperang dengan MP BN kerana kehebatan beliau berhujah dan menyerang kerajaan. Kekecewaan sesetengah pihak dalam hal ini terhadap pucuk pimpinan boleh menjejaskan persiapan kita menghadapi pilihanraya. Kita mahu pengundi di Parlimen Kuala Trengganu merasa yakin dengan wakil mereka di Parlimen dan bukan sekadar makan gaji buta menghadiri Parlimen tanpa suara. Oleh itu, PAS perlu bersedia mengubati luka kekecewaan penyokong-penyokong Mohamad Sabu yang ingin melihat MP KT menjadi jaguh dalam parlimen.

Sesungguhnya kekecewaan ini dikongsi juga oleh penyokong-penyokong Dr Syed Azman, tokoh muda anak tempatan yang terkenal kerana kehebatan keilmuan beliau tetapi turut diketepikan oleh TG Hadi Awang dari menjadi calon hanya kerana dikatakan beliau adalah penyokong puak 'Erdogan' yang menyokong Anwar Ibrahim dari dalam PAS. Mungkin benar juga kata-kata sesetengah penyokong kita di kedai-kedai kopi bahawa TG Hadi Awang tidak mahu dilihat lekeh dan tidak mampu mengawal parti dengan kehadiran generasi muda yang lebih professional. Kalau itulah isihati TG Hadi Awang, kita mungkin akan menjadi seperti UMNO yang berketuakan seorang pemimpin yang syok sendiri dan tidak memperdulikan kehendak dan kepentingan ramai. Malangnya pemimpin UMNO tersebut akan mengundur diri dalam waktu terdekat dan kita masih berketuakan pemimpin yang tidak yakin dengan diri sendiri!.. Allahuakbar..