Wednesday, January 7, 2009

TG Hadi takut hilang kuasa?

Pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam selama 5 penggal berturut-turut sebagai calon PAS bagi Pilhanraya kecil P036 Kuala Trengganu telah mengejutkan banyak pihak.

Pihak yang paling terkejut tentunya pendokong dari parti haprak BN atau lebih tepatnya UMNO yang korup selamanya yang tidak menyangka seorang calon yang tidak pernah disebut sebelum ini menjadi calon. Tentunya mereka masih terpinga-pinga memikirkan strategi baru untuk menewaskan calon kita ini. Bagi pihak PAS, permainan teka teki ini mungkin telah mengelirukan UMNO tetapi dari sudut yang lain kita juga harus ingat bahawa calon kita ini adalah orang lama yang tentunya terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang boleh digunakan oleh parti korup tersebut.

UMNO tentunya telah bersedia dengan gambaran calon kita yang dikatakan tidak boleh bercakap depan khalayak ramai malah namanya tidak pernah diperkatakan dalam DUN Trengganu kerana tidak 'berkongsi' apa-apa pandangan dalam dewan tersebut walaupun telah 5 penggal menduduki kerusi ADUN. Kelemahan ini sepatutnya telah disedari oleh pucuk pimpinan PAS terutamanya TG Hadi Awang yang telah secara peribadi memilih YB Abdul Wahid. Apa rasional pemilihan beliau tidak pernah dibentangkan kepada Majlis Syura Ulamak yang secara terangnya melalui TG Nik Aziz ingin mencalonkan Mohamad Sabu, Panglima perang kita.

Mungkin agak keterlaluan untuk membandingkan YB Abdul Wahid dengan Mohamad Sabu yang terkenal boleh menggerunkan Ahli-ahli Parlimen (MP) BN dalam Dewan Rakyat. Mohamad Sabu walaupun tewas dalam pilihanraya lepas kerana faktor semasa tetapi masih menjadi calon favourite untuk berperang dengan MP BN kerana kehebatan beliau berhujah dan menyerang kerajaan. Kekecewaan sesetengah pihak dalam hal ini terhadap pucuk pimpinan boleh menjejaskan persiapan kita menghadapi pilihanraya. Kita mahu pengundi di Parlimen Kuala Trengganu merasa yakin dengan wakil mereka di Parlimen dan bukan sekadar makan gaji buta menghadiri Parlimen tanpa suara. Oleh itu, PAS perlu bersedia mengubati luka kekecewaan penyokong-penyokong Mohamad Sabu yang ingin melihat MP KT menjadi jaguh dalam parlimen.

Sesungguhnya kekecewaan ini dikongsi juga oleh penyokong-penyokong Dr Syed Azman, tokoh muda anak tempatan yang terkenal kerana kehebatan keilmuan beliau tetapi turut diketepikan oleh TG Hadi Awang dari menjadi calon hanya kerana dikatakan beliau adalah penyokong puak 'Erdogan' yang menyokong Anwar Ibrahim dari dalam PAS. Mungkin benar juga kata-kata sesetengah penyokong kita di kedai-kedai kopi bahawa TG Hadi Awang tidak mahu dilihat lekeh dan tidak mampu mengawal parti dengan kehadiran generasi muda yang lebih professional. Kalau itulah isihati TG Hadi Awang, kita mungkin akan menjadi seperti UMNO yang berketuakan seorang pemimpin yang syok sendiri dan tidak memperdulikan kehendak dan kepentingan ramai. Malangnya pemimpin UMNO tersebut akan mengundur diri dalam waktu terdekat dan kita masih berketuakan pemimpin yang tidak yakin dengan diri sendiri!.. Allahuakbar..

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Wujud jugak blog untuk ore muda Professional kita bersuara.

    Ambo pelik gi mana jadi gini. UMNO memang dah kalah bila umumkan Calon Korup Wan Farid! Tapi kita belum menang bila letak Wahid Endut. Sedih ambo, ore Kuala Tganu punya suara tak didengari pihak atasan. Kalaulah ditakdirkan Allah (S.W.T) kite tumbang, kita dah buleh pikir untuk menukar Presiden kita. Ambo tak nak Pejuang kita jadi setaraf UMNO. La ni, ore muda kita dah pandai demand duit! Ada jugak yang tak mau buat kijo. Pening kepala. Perjuangan kita dah tak jalan atas landasan betul. Sistem Syura' dah tak jadi jalan penyelesaian kita. Suara rakyat Marhaen dah tok lagi dipeduli Hj Hadi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum WMT

    Bagaimana seorang yang penat lelah dan dihormati hampir seluruh penduduk di Kuala Terengganu boleh diketepikan? Haji Hadi ingin menunjukkan kuasa? Untuk apa? Adakah kuasa beliau digugat oleh sesiapa? Jika beginilah caranya, rela aku tak keluar mengundi daripada terima pengkhianatan yang nyata dilakukan oleh Presiden kita! Tiada kompromi! Allahuakhbar!!!

    ReplyDelete
  4. Bagi aku, sama saja wan farid dengan wahid endut tu..sama2 kaki kencing sama2 kaki auta.
    Wan Farid ada orang umno kata dia bongkak
    Wahid endut pula ada orang kata dia tak suka jumpa pengundi,
    Rumah dia selalu gelap, kalau dia ada dalam rumah pun,
    dikata dia tak de dalam rumah,
    apa beza?? satu sombong, satu tak nak jumpa pengundi,
    sama saja!
    Umno dan pas sama begong, pilih wakil yang rakyat tolak,
    aku yakin Syed azman jauh lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Syed Azman? Payah sangat pi la masuk UMNO! Bodoh punya penyokong Syed Azman! Dah tak puas hati bukak blog nak hentam Parti!! Layak kah orang orang macam hang mengaku Pejuang Islam? Kalau nak cerita pasal Syed Azman ni, bersepah cerita aku buleh tabur. Tapi aku makhluk bersyukur. Tak macam hang!

    ReplyDelete
  6. Keputusan mengambil Wahid Endut sebagai Calon ialah keputusan bersama! Kami menyokong calon PAS!

    ReplyDelete
  7. Matahati, kau memang buta mata buta hati! Bukak lah mata mu seluasnya. Syed Azman jauh lebih berwibawa. Lebih muda. Berpelajaran. Tak Bengap macam Wahid Endut!

    Ini sedikit sebanyak berkenaan Syed Azman.

    DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
    UMUR : 47

    TARAF PENDIDIKAN
    PHD BIRMINGHAM UNIV. (SAINS POLITIK), M.ASTER USA ( SAINS POLITIK ), DEGREE USA (SAINS POLITIK)

    PEKERJAAN
    KONSULTAN

    JAWATAN DALAM PARTI
    PENGERUSI LAJNAH ANTARABANGSA PAS PUSAT

    Kami masih sayangkan PAS tapi cara memilih calon sudah tidak demokratik lagi! Aku mula menjauhkan diri. Biarlah yang sudi berkempen. Aku tak bersubahat dengan perkara yang mendatangkan kemudharatan kepada Agama Islam!

    ReplyDelete
  8. Cuba kau bagi biodata Wahid Endut. Aku pun malu nak mengaku dia calon Parti PAS. Sebab bila dibandingkan dengan calon UMNO, Wan Farid, dari segi pelajaran pun Wahid dah kalah. Lagipun berapa lama sangat Wahid boleh jadi Ahli Parlimen? Entah-entah duduk nak berdiri bercakap di Parlimen pun tak larat!

    SYED AZMAN Muda Berwibawa!

    ReplyDelete