Monday, January 12, 2009

Syed Azman tidak muncul

Setelah beberapa hari tempoh kempen berjalan, didapati Dr Syed Azman masih lagi tidak kelihatan bersama-sama dengan calon kita di Parlimen Kuala Trengganu. kenapa perkara ini masih tidak ditangani oleh pimpinan parti dan jentera kempen kita? Apakah Dr Syed Azman memang tidak mahu diatur oleh jentera parti atau beliau masih tidak dapat melupakan kekecewaan peribadi tersebut? Pimpinan tertinggi parti seharusnya betanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini.

Dr Syed Azman perlu melupakan episod peribadi beliau dan menyiapkan pengikutnya untuk turut sama berkempen di Kuala Trengganu. Ketidaksungguhan beliau itu mengelirukan ahli kita dan boleh memecahbelahkan parti. Sebarang tindakan bersifat peribadi seharusnya dielakkan untuk keutuhan parti. Pemimpin besar seperti Dr Syed Azman tentunya tidak sanggup melihat parti kalah dalam pilihanraya ini.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tak perlu kempen. Anda tidak mempunyai semangat juang seorang mukmin! Insyaallah kemenangan berlihak kepada PAS. Pada waktu itu jangan bertempik pula seperti kamu ada sumbangan!

    ReplyDelete
  3. Dr Syed Azman berkempen untuk calon bebas. Lebih muda dan berwibawa. Bukan tua tak ukur usia!

    PAS ke arah kehilangan demokrasi parti! Allahuakhbar!!!

    ReplyDelete