Sunday, January 11, 2009

Bertindak segera

Kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu sudah menghampiri seminggu tetapi tanda-tanda protes dari golongan muda terhadap calon kita semakin ketara. Tidak banyak kelihatan anak-anak muda yang sentiasa menyokong kita selama ini berkeliaran dengan bendera parti. Suasana tidak meriah sepanjang kempen beberapa hari ini seolah-olah menampakkan bahawa sokongan masyarakat tempatan terhadap parti kita semakin merosot.

Apakah ini tanda-tanda bahawa calon kita akan tewas dalam pilihanraya ini? Kalau itulah yang akan berlaku, maka benarlah kata masyarakat setempat bahawa pemilihan calon kita kali ini adalah tidak tepat. Sokongan golongan muda terhadap Dr Syed Azman ternyata amat ketara sekali. Ura-ura bahawa beliau telah tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon kita perlu diketepikan segera. Dr Syed Azman juga perlu melupakan soal kekecewaan dalam parti berhubung pemilihan calon ini untuk membantu memenangi pilihanraya ini. Beliau seharusnya lebih berjiwa besar demi menegakkan kedaulatan Islam yang kita cita-citakan. Janganlah kerana ketidakpuasan hati sendiri menjadi penyebab kekalahan parti.

No comments:

Post a Comment